YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Friday 1 May 2015

Amalan Raja Bomoh Adalah Sesat - Mufti

Ajaran Ibrahim Mat Zin atau lebih dikenali sebagai Raja Bomoh yang pernah menggemparkan umat Islam negara ini dengan pelbagai upacara pelik bakal diwartakan sesat serta haram di Perak selepas Jawatankuasa Fatwa Negeri mendapati amalan dibawa individu berkenaan sebagai terpesong dari agama.
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria ketika dihubungi mengesahkan perkara itu serta memberitahu mesyuarat diadakan semalam memutuskan perkara berkenaan dan pihaknya dalam proses mewartakannya.
Menurut Harussani, bila ia diwartakan belum diketahui kerana ia membabitkan beberapa lagi proses seperti mendapatkan perkenan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebelum dibawa ke Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Ia betul, Raja Bomoh bakal diwartakan sebagai haram serta sesat selepas kami mendapati ajaran dibawanya terpesong dari agama, namun belum diwartakan kerana ia masih dalam proses pewartaan.
“Mesyuarat diadakan dan memutuskan perkara itu. Kami sekarang hanya menunggu proses seterusnya sebelum mewartakannya,” katanya.
Ibrahim sebelum ini pernah menggemparkan umat Islam dengan upacara mencari pesawat MH370 yang hilang dengan menggunakan bubu mata pancing dan teropong daripada buluh, kelapa serta beberapa barangan lain.
Selain itu, Ibrahim juga pernah mengadakan upacara di Perak di hadapan Menara Condong Teluk Intan pada 16 Mac tahun lalu serta di kawasan kemalangan bekas Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh.

No comments:

Post a Comment