YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Sunday 9 March 2014

Timbalan Panglima Tentera Laut 'Belasah' Kit Siang dalam Twitter



KUALA LUMPUR 10 Mac - Timbalan Panglima Tentera Laut,  Dato' Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman Haji Ahmad Badaruddin menempelak sindiran Penasihat DAP, Lim Kit Siang di laman Twitternya yang mempersoalkan tindakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak menggunakan kapal selam negara bagi membantu misi mencari dan menyelamat pesawat MH370.

Beliau yang membalas persoalan Kit Siang di Twitter berkata, kapal selam negara hanya berfungsi dan berkeupayaan melakukan misi serangan search and destroy (mencari dan memusnah) dan tidak bersesuaian dengan misi membabitkan pesawat milik Malaysia Airlines itu.

Rakyat News


Semalam, Hishammuddin berkata, pihak Kementerian Pertahanan tidak akan menghantar kapal selam milik Malaysia KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun bagi membantu misi mencari dan menyelamat pesawat MH370 kerana kedua-duanya tidak menyediakan kelengkapan operasi sebegitu.
 
Rakyat News

Setakat ini,  Singapura merupakan antara negara yang menghantar bantuan kapal selam sokongan dan penyelamat  dalam operasi pesawat yang hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing itu.

No comments:

Post a Comment