YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Sunday 9 March 2014

Dua Individu Guna Pasport Palsu Tidak Merancang Untuk Pulang


KUALA LUMPUR 10 Mac - Dua penumpang MH370 yang menggunakan pasport palsu untuk berlepas ke Beijing dengan membeli tiket sehala.

Menurut data penerbangan semalam, dua lelaki Asia yang menggunakan pasport warga Italy Luigi Maraldi dan warga Austria Christian Koszel telah membeli tiket bersama-sama tersebut di Phuket dan berlepas ke Amsterdam dengan menaiki pesawat transit ke Beijing.

Sementara itu, laporan New York Times mendedahkan dua individu tersebut telah membuat pembatalan tiket untuk ke Copenhagen Denmark (Maraldi) dan Frankfurt, Jerman (Kozel).

Insiden meragukan ini urut menarik perhatian Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mempersoalkan penguatkuasaan pihak imigresen tidak menahan individu tersebut sungguhpun maklumat pengenalan bercanggah.

"Saya masih bingung. Tidakkah pihak imigresen berfikir? (Pemegang pasport) Itali dan Austria tetapi dengan wajah Asia," katanya kepada pemberita semalam.

Kekecewaan Zahid turut ditambah apabila Interpol turut mengesan penggunaan pasport palsu tersebut menerusi pengkalan datanya.

Dalam keadaan ini, kegagalan pihak berkuasa menapis pasport palsu adalah amat membimbangkan.

"Sekiranya syarikat penerbangan Malaysia dan kesemua penerbangan dunia boleh memeruksa maklumat pasport penumpang menerusi pengkalan data Interpol, maka Interpol tidak perlu membuat sebarang spekulasi samaada pasport palsu tersbut digunakan oleh pengganas untuk menaiki MH370," kata Setiausaha Agung Interpol Ronald Noble.

No comments:

Post a Comment