YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Saturday 1 March 2014

Shahrizat : Anwar Rakus Guna Kuasa Pengundi Sebagai Mangsa Politik


KAJANG 4 Mac - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan seorang pemimpin yang rakus di dalam dunia politik setelah menggunakan strategi untuk menjadikan pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sebagai mangsa dalam dunia politik beliau.

Ketua Wanita Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata calon daripada BN, Datin Paduka Chew Mei Fun tidak akan membiarkan Anwar membuat perkara demikian dan akan terus menentang anwar habis-habisan pada PRK DUN Kajang kali ini.

"Pada 23 haribulan ini kita akan dicabar sekali lagi oleh seorang pemimpin pembangkang yang rakus didalam dunia politik beliau.

"Mereka boleh menggunakan pengundi sebagai mangsa politik kerakusan bakal calon yang akan turun ke Kajang," beliau berkata demikian ketika berucap pada Pelancaran Jentera Wanita BN bagi PRK DUN Kajang yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin semalam.

Turut hadir, Pengarah BN bagi PRK DUN Kajang, Datuk Seri Noh Omar, Calon BN PRK DUN Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun, dan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Menurut Shahrizat, Anwar tidak mengamalkan untuk menegakkan demokrasi di Malaysia sebaliknya Anwar hanya mengamalkan demokrasi songsang selepas calon PKR sebelum ini meletakkan jawatan tanpa sebab yang munasabah.

"Pemimpin yang kononnya menegakkan demokrasi. Beliau yang diura-urakan menjadi calon di Kajang ini sebenarnya mengamalkan demokrasi songsang.

"Depan pun boleh masuk, belakang pun boleh masuk dalam mana-mana kerusi. Hujan tidak, sakit tidak, calon mati pun tidak, calon PKR yang dimenangkan oleh pengundi di Kajang secara tiba-tiba meletakkan jawatan kerana mereka mempraktikkan demokrasi songsang," katanya

Pada Pilihan Raya ke-13 (PRU13) lalu, calon PKR, Lee Chin Cheh memenangi kerusi DUN Kajang dengan 19,571 undi dengan majoriti sebanyak 6,824 mengalahkan enam calon lain termasuk daripada BN, Berjasa dan tiga calon bebas.
 
Calon BN, Lee Ban Seng berjaya mendapat undi sebanyak 12,747.
 
PRK Kajang diadakan berikutan penyandang kerusi itu, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan akan mengambil alih jawatan menteri besar Selangor.

Difahamkan, tindakan ketua pembangkang bertanding pada PRK kali ini adalah untuk meredakan kemelut “perang dingin” antara Azmin dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Tindakan Anwar turun bertanding kerusi negeri itu juga dikatakan cubaan untuk menggantikan Abdul Khalid sebagai menteri besar.

Dalam pada itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac 2014, manakala hari penamaan calon akan diadakan pada 11 Mac 2014.

Sebelum ini Barisan Nasional (BN) mengumumkan Naib Presiden MCA Datin Chew Mei Fun sebagai calon untuk Pilihanraya Kecil (PRK) Kajang bagi menetang Ketua Umum PKR.

No comments:

Post a Comment