YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Thursday 13 March 2014

Mei Fun Medium Penghubung Dengan Kerajaan Pusat - Muhyiddin




KAJANG - Datin Paduka Chew Mei Fun bakal menjadi 'jambatan penghubung' antara penduduk Kajang dan kerajaan Pusat sekiranya memenangi PRK DUN Kajang.

Itu janji Timbalan Presiden BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berkempen di Flat Kota Cheras di sini malam tadi.

"Walaupun dia (Mei Fun) akan jadi ADUN biasa di sebuah negeri pembangkang tetapi jangan lupa beliau ada accessibility kepada pemimpin utama BN.

"Ada penduduk tanya apa guna kalau hanya jadi pembangkang di Selangor..takda peruntukan tetapi jangan lupa beliau jadi jambatan penghubung dengan kerajaan Pusat," ujar Timbalan Perdana Menteri itu.

Tegas Muhyiddin, kerajaan Pusat mempunyai kuasa dan keupayaan jauh lebih besar daripada kerajaan negeri.

Menurutnya, masalah penduduk di Kajang seperti kesesakan jalan raya, banjir kilat, bumbung diterbangkan ribut dan masalah membabitkan pendidikan pasti akan jadi keutamaan BN bagi diselesaikan.

Dalam pada itu, Mei Fun juga bakal menjadi wakil rakyat 24 jam memandangkan status dirinya yang masih belum bekeluarga.

Walaupun menganggap PRK Kajang satu cubaan pembangkang mencari dalih mencuri sokongan rakyat bagi menutup perselisihan dalaman PKR namun ia menjadi tanggungjawab BN untuk merampas kembali kerusi berkenaan.

Mengenai tuduhan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan bukan kerja TPM melawat pasar raya meninjau harga barang, Muhyiddin berkata;

"Dia (Anwar) kata tugas TPM bukan check harga di pasar raya tapi saya kata saya akan buat apa sahaja untuk menilai beban kos hidup rakyat termasuk pergi ke pasar raya," sambil menambah Malaysia satu-satu negara di dunia yang mewujudkan jawatankuasa mengkaji beban kos rakyat.

No comments:

Post a Comment