YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Saturday 8 March 2014

Nizar Ditempelak Di Laman Twitter



KUALA LUMPUR 8 Mac - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini ditempelak di laman Twitternya kerana mengeluarkan kenyataan yang dianggap 'biadap' berhubung pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang pagi tadi.
Nizar yang dilihat membalas tweet @piersmorgan dan @bobkurus berkata "segi tiga Bermuda baru dikesan di perairan Vietnam, alat-alat canggih yang lengkap adalah tidak berguna!"
Terdahulu, @peirsmorgan dalam tweetnya berkata, "Luar biasa dalam zaman moden bahawa pesawat penumpang hi-tech yang besar boleh hanya 'hilang'. Berdoa untuk keajaiban bagi 239 orang di atas kapal."
Sehubungan itu, beberapa pengikut Nizar memberikan komen bernada marah dan geram kepadanya.
Antara tweet daripada pengikut Nizar seperti dibawah :-
alt
Pesawat Malaysia Airlines yang sedang dalam perjalanan ke Beijing dengan membawa 227 penumpang termasuk dua bayi bersama 12 kru dilaporkan hilang semasa dalam penerbangan ke Beijing.
MAS dalam satu kenyataan mengesahkan pesawat itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi ini.
MAS berkata penerbangan MH370, yang dikendalikan pesawat B777-200 berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi 8 Mac.

No comments:

Post a Comment