YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Monday 25 November 2013

Sebaran Ajaran Syiah Di Perak Terkawal - MB


Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, penyebaran ajaran Syiah di negeri Perak setakat ini masih terkawal.Katanya, Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIP) sentiasa membuat pemantauan bagi membendung ajaran sesat itu daripada merebak ke kawasan-kawasan lain di negeri ini.
Beliau berkata, antara kawasan yang dikenalpasti pusat-pusat kegiatan mereka ialah Kamunting, Ipoh dan Tanjung Malim dan Gunung Semanggol.
"Jabatan Agama Islam Negeri Perak terus mempergiatkan program kefahaman di seluruh negeri ini bagi membendung dan menyekat pengaruh Syiah terhadap masyarakat di kawasan-kawasan tersebut," katanya.
Dr Zambry menjawab soalan Dato’ Sham Mat Sahat (BN-Alor Pongsu)pada Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan di Ipoh hari ini.
Katanya, selain itu tindakan JAIP mengadakan siri penangkapan terhadap pengikut Syiah yang telah membuat pengakuan sebagai pengikut Syiah sedikit sebanyak menyekat penularan dan penyebaran Syiah di kawasan terbabit.
Menurut beliau, JAIP turut mengambil tindakan termasuk Jawatankuasa Fatwa Perak yang mewartakan Syiah sebagai ajaran sesat dan terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah.
"JAIP juga memanggil ketua-ketua mereka untuk mengadakan sesi dialog pada 8 Disember 2011 dan natijahnya JAIP memberi amaran untuk mengambil tindakan sekiranya ianya diamalkan disebarkan,’’ katanya.
Beliau berkata, JAIP turut membuat penyelidikan, pemantauan yang berterusan ke atas aktiviti ajaran sesat itu dan seterusnya membuat penangkapan keatas lima pengikut Syiah iaitu tiga di Parit Buntar dan dua di Taiping.
Selain itu, Katanya,  JAIP telah menghantar surat kepada semua masjid di seluruh Perak untuk menghantar semula buku-buku berhubung ajaran Syiah yang disebarkan di masjid ke jabatan penyelidikan JAIP untuk pelupusan.
"Setakat ini lima pendakwaan ke atas pengikut Syiah ini masih di peringkat sebutan kes di Mahkamah," katanya.
Kepada soalan tambahan Dato’ Sham Mat Sahat, Menteri Besar berkata, daripada pengakuan yang dibuat oleh pengikut Syiah ini, tiada guru dikesan terlibat dengan ajaran Syiah sekatat ini.

1 comment:

  1. https://drive.google.com/file/d/0B6ut4qmVOTGWMkJvbFpZejBQZWM/view?usp=drivesdk


    Salam


    Kepada:

     E

    Redaksi dan para akademik


    Per: Beberapa Hadis Sahih Bukhari dan Muslim yang Disembunyikan


    Bagi tujuan kajian dan renungan. Diambil dari: almawaddah. info

    Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. 


    Daripada Pencinta Islam rahmatan lil Alamin wa afwan. 

    ReplyDelete