YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Wednesday 20 November 2013

Pusat Khidmat ADUN Alor Pongsu sedia hadapi banjir kalau berlaku lagi banjir



BAGAN SERAI . - Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlaku banjir di kawasan itu berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.
ADUN Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat berkata, walaupun masalah banjir di kawasan itu sudah berkurangan selepas pembinaan projek tebatan banjir di Beriah, pihaknya sentiasa memantau situasi tersebut.
Katanya, buat masa ini, air hanya melimpah di Jalan Kampung Beriah-Changkat Lobak di sini, tetapi situasinya tidak membahayakan pengguna dan tidak ada penduduk yang dipindahkan.
"Kita sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa dan kita dapati air yang naik sejak tiga hari lalu mula beransur surut semalam.
"Namun, kita sentiasa bersedia dan memantau keadaan kerana pengalaman lalu banyak mengajar kita," katanya kepada pemberita di sini.
Menurut Sham, sejak pembinaan projek tebatan banjir di Beriah, tidak ada lagi kejadian banjir besar yang serius sehingga penduduk perlu dipindahkan berlaku di kawasan ini.
"Pada 2006 pernah berlaku banjir besar di Alor Pongsu dan Bukit Merah tetapi kini, kita bersyukur kerana sudah tidak ada kejadian banjir besar sehingga mangsa perlu berpindah.
"Semalam, saya melawat beberapa kawasan yang dinaiki air di Pondok Tanjung dan Changkat tetapi kini air sudah surut seperti biasa," katanya.
Daerah Kerian termasuk Lembah Beriah di sini adalah kawasan yang sering dilanda masalah banjir setiap kali hujan lebat dan masalah tersebut telah berlarutan sejak sekian lama.
Namun, masalah tersebut boleh dikatakan hampir berjaya diatasi sepenuhnya sejak projek tebatan banjir bernilai hampir RM500 juta diluluskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak awal tahun lalu mula dilaksanakan secara berpakej sejak tahun lepas.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20131024/wu_04/Pusat-Khidmat-ADUN-Alor-Pongsu-sedia-hadapi-banjir#ixzz2lFMRXj3j
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment