YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Thursday 28 November 2013

Kerjasama penduduk bantu polis kurangkan jenayah

Mat Fauzi Nayan (duduk, tengah) dan Sham Mat Sahat (duduk, dua dari kiri) bersama sebahagian daripada penduduk pada majlis perasmian Pusat Kawalan SRS Kawasan Rukun Tetangga Taman Serai Permai di Bagan Serai, Pulau Pinang, baru-baru ini.


BAGAN SERAI- Penglibatan masyarakat setempat dalam aktiviti pencegahan jenayah didapati berkesan membantu polis mengurangkan kadar jenayah di daerah ini.
Ketua Polis Daerah Kerian, Supritendan Mat Fauzi Nayan berkata, hasil kerjasama masyarakat dan polis telah berjaya menurunkan kes jenayah kekerasan seperti bunuh, rogol, jenayah jalanan dan ragut di daerah berkenaan.
"Daerah ini pernah digegarkan dengan kes tembak baru-baru ini, namun setakat ini kadar jenayah di sini sudah mula berkurangan.
"Semua ini (penurunan jenayah) berjaya dicapai hasil kesedaran penduduk di kawasan taman perumahan dan kampung yang mewujudkan pasukan kawalan setempat dengan kerjasama pihak polis," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa merasmikan Pusat Kawalan Kawasan Rukun Tetangga Taman Serai Permai di sini baru-baru ini.
Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat.
Menurut Mat Fauzi, aktiviti cegah jenayah seperti rondaan berjaya mengelakkan kawasan perumahan daripada menjadi sasaran penjenayah.
Beliau turut memuji kesanggupan masyarakat setempat yang sanggup berkorban masa dengan menjalankan rondaan pada waktu malam.
"Apa yang dilakukan oleh penduduk di sini, merupakan satu tugas mulia, selain dapat mewujudkan hubungan erat antara masyarakat dan polis," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20131004/wu_02/Kerjasama-penduduk-bantu-polis-kurangkan-jenayah#ixzz2lzTYTijL
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment