YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Monday 18 November 2013

Projek tebatan Beriah kurangkan banjir daerah Kerian






BAGAN SERAI  - Masalah banjir yang kerap melanda daerah Kerian dekat sini, berjaya diatasi sejak siapnya projek tebatan banjir di Beriah setahun lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat berkata, perkara itu terbukti selepas hanya sebilangan kecil penduduk yang terjejas akibat banjir yang melanda di daerah itu baru-baru ini.
Beliau berkata, sebelum siapnya projek tebatan berkenaan, daerah itu kerap dilanda banjir teruk sehingga melibatkan jumlah mangsa yang tinggi.
"Namun setelah siapnya projek tebatan banjir di Beriah setahun lalu, tiada lagi kejadian banjir teruk di daerah ini seperti yang berlaku pada 2003 dan 2006.
"Sebelum ini, setiap kali banjir banyak kawasan terjejas sehingga beratus-ratus orang terpaksa dipindahkan dan jumlah kemusnahan harta benda yang agak tinggi," katanya.
Beliau ditemui selepas menyampaikan bantuan RM300 seorang kepada 16 mangsa banjir yang melanda beberapa kawasan di daerah itu di sini baru-baru ini.
Beberapa kawasan di daerah itu dilanda banjir baru-baru ini termasuk Parit Simpang Lima dan Parit Simpat Empat manakala laluan di Kilometer (KM) 13 hingga KM 17 Changkat Lobak-Matang Pasir di sini, yang ditutup sementara akibat ditenggelami air.
Selain wang tunai, mangsa banjir juga menerima sumbangan barang makanan daripada Yayasan Bina Upaya (YBU) Perak


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20131101/wu_03/Projek-tebatan-Beriah-kurangkan-banjir-daerah-Kerian#ixzz2l4Yz6URr
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment