YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Tuesday 11 November 2014

Pendaftaran GST Meningkat Kepada 130,554



 Bilangan syarikat yang berdaftar untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah 130,554 sehingga 8 November 2014, peningkatan sebanyak 672 berbanding hari sebelumnya, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Dalam satu kenyataan, jabatan itu berkata data itu menunjukkan peningkatan berterusan syarikat yang mendaftar untuk GST sebelum tarikh akhir pada 31 Disember 2014.
"Kerajaan menyasar mendaftarkan 140,000 syarikat di bawah struktur baharupercukaian itu yang akan dilaksanakan pada 1 April, 2015," katanya. Rabu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pelaksanaan GST tidak akan ditangguhkan.
Berdasarkan peningkatan harian bilangan syarikat yang mendaftar untuk GST, beliau yakin kira-kira 200,000 firma akan mendaftar menjelang akhir tahun.

No comments:

Post a Comment