YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Friday 21 November 2014

Maknyah Dalam Bible? - Zul Noordin



BLOG ZULKIFLI NOORDIN - Salam 2 all.

Sebenarnya pendirian tegas Islam dalam isu maknyah, bapuk dan pondan berpakaian seperti perempuan turut dikongsi didalam Bibel, yang menyatakan dengan jelas:

Deuteronomy 22:5 - A woman must not wear men's clothing, nor a man wear women's clothing, for the Lord of God detest anyone who does this" (New International Version Bible page 296).

Ayat ini telah diterjemahkan seperti berikut:

Ulangan 22:5 - Orang perempuan tak boleh berpakaian seperti laki-laki dan orang laki-laki tidak boleh berpakaian seperti perempuan, sebab orang yang berbuat begitu dibenci Tuhan..." (Al-kitab mukasurat 267).

Pendirian Islam dalam isu maknyah, bapuk atau pondan, atau lelaki berpakaian perempuan atau perempuan berpakaian lelaki sangat jelas. Mereka termasuk golongan yang dilaknat Allah.

Sabda Rasulullah SAW : عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : لعن النبي صلى الله عليه وسلم المخنثين من الرجال ، المترجلات من النساء Maksudnya : Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita (HR Al-Bukhari).

Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan sekadar menterjemahkan pendirian Islam itu dengan suatu peruntukkan iaitu:

“Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya".

Dan pendirian tegas Islam ini bersesuaian dengan pendirian Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang jelas mengklasifikasikan kes maknyah, bapuk atau pondan berpakaian seperti perempuan ini sebagai satu penyakit mental, sebagaimana yang dinyatakan seperti berikut:

"Klasifikasi penyakit World Health Organisation (WHO) yang disebut sebagai ICD (International Classification of Diseases) yang kini dalam versi ICD-10. ICD ini merupakan rujukan asas diagnostik untuk epidemiologi, pengurusan kesihatan dan juga bagi tujuan klinikal.

Menurut ICD-10, lelaki yang berpakaian perempuan diklasifikasikan di bawah F64. Ia termasuk F64.0 – Transsexualism dan F64.1 – Dual-role transvestism … dalam bahasa mudahnya kita sebut MAKNYAH atau PONDAN.

Di bawah klasifikasi F64, F65 dan F66, terdapat pelbagai jenis penyakit seksual seperti ini yang diklasifikasikan sebagai penyakit-penyakit mental" (sumber daripada www.akarimomar.wordpress.com).

Apa yang saya musykilkan ialah, kenapa pihak gereja dan para pendakyah kristian kelihatan membisu dalam isu keputusan Mahkamah Rayuan didalam kes Juzaili dll membabitkan pembatalan Seksyen 66 EJSNS kononnya atas alasan Juzaili dan rakan-rakanya mempunyai hak asasi untuk memakai pakaian seperti perempuan walaupun hakikatnya mereka lelaki!

Bukankah tindakan Juzaili memakai pakaian perempuan itu melanggar Bibel yang menjadi pegangan penganut kristian juga? Penganut kristian yang mengikut Bibel sepatutnya bersama dengan umat Islam dalam menentang kemungkaran ini!

Saya mohon pencerahan daripada penganut kristian mengenai Deuteronomy 22:5 ini!

Apa pun saya teringat ayat Al-Quran yang memberi peringatan kepada kita mengenai kaum yang menjadikan rahib dan pendeta mereka sebagai penyembahan! Apakah yang dimaksudkan 'mempertuhankan" rahib & pendeta ini'?

At-Taubah: Dan mereka menjadikan rahib-rahib dan pendita mereka sebagai tuhan selain Allah".

Apabila disanggah oleh seorang penganut kristian bernama Adi bin Hatim (yang kemdiannya memeluk Islam radhiyallah hu'anhu) bahawa penganut kristian tidak menjadikan pendeta dan rahib mereka sebagai tuhan, lalu Rasulullah saw bersabda;

"Bukankah mereka mengharamkan apa yang Allah halalkan kemudian kalian ikut mengharamkannya; dan mereka menghalalkan apa yang Allah haramkan kemudian kalian ikut menghalalkannya?". Lalu jawab Adi Bin Hatim, "Ya benar". Lalu Rasulullah saw bersabda, "Itulah bentuk peribadatan (penyembahan) kepada mereka (para rahib dan pendita)" (hadis riwayat Ahmad & Tirmidhi).

Allah mengharamkan lelaki berpakaian perempuan, Nabi turut mengharamkan lelaki berpakain perempuan; dan kita umat Islam turut mengharamkannya!

Bibel mengharamkan lelaki berpakain perempuan, jadi penganut agama kristian wajib sama menyokong umat Islam mengharamkan apa yang bibel mereka haramkan!  

Semoga Allah menjauhkan kita daripada fitnah akhir zaman ini, ameen!!!

Wallahua'lam dan wassalam.

Adios amigos, grasias senor!

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
25 Muharram 1436
17 November 2014

No comments:

Post a Comment