YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Wednesday, 17 December 2014
MP Beluran : 'Saya Ditawar RM5 Juta untuk Lompat Parti'
Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee selaku saksi defendan kelima memberitahu Mahkamah Tinggi, beliau ditawarkan RM5 juta untuk lompat parti dengan menyertai PKR dan tawaran itu diterima daripada pihak ketiga melalui panggilan telefon.
“Pemanggil tersebut berkata dia daripada PKR. Saya tidak ingat namanya tetapi suara dia bercakap seperti orang Sabah.
“Saya kemudian memaklumkan kepada polis Cawangan Khas (SB) berhubung panggilan telefon tersebut dan menyerahkan nombor telefon pemanggil yang tertera di dalam log telefon saya,” kata beliau yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat.
Menurut Ronald, 53, beliau tidak mengingati secara tepat tarikh panggilan itu tetapi sebelum 16 September 2008.
“Saya tidak menghiraukan sangat panggilan itu kerana saya tahu bahawa saya tidak akan lompat parti, walau apa pun yang ditawarkan. Ia tidak terfikirkan. Saya tidak membuat susulan terhadap panggilan berkenaan selepas itu,” ujarnya dalam kenyataan saksinya.
Terdahulu, Ronald memberitahu, Anifah memang ada berbual (melalui telefon) dengan seseorang bernama Tony Vun kerana beliau ketika itu antara ahli kumpulan bersama menteri tersebut yang akan ke luar negara.
“Saya tidak mengenali dia (Tony) tetapi defendan (Anifah) memberitahu kami bahawa Tony Vun menghubunginya bagi pihak plaintif. Plaintif kemudian bercakap dengan defendan dan menawarkan beliau jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya defendan menyertai Pakatan Rakyat,” katanya.
Menjawab soalan lain, Ronald mengakui pernah satu ketika iaitu sewaktu berada di lounge Hotel Hilton Kuala Lumpur bersama-sama Anifah; Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi dan seorang lagi, ada seorang lelaki tinggi yang memakai topi besbol menghampiri mereka dan bercakap dengan Anifah.
“Saya tidak mendengar perbualan mereka, ia lebih dari lima minit. Selepas lelaki itu meninggalkan
mereka, defendan memberitahu kami bahawa beliau menawarkan RM100 juta oleh lelaki tersebut untuk menyertai Pakatan dan membawa bersama beberapa ahli Parlimen,” kata beliau.
Menjawab soalan balas peguam Ranjit Singh yang mewakili Anwar, Ronald berkata, beliau tidak membuat laporan polis berhubung tawaran RM100 juta yang disifatkan oleh peguam itu sebagai sogokan, kerana Anifah yang sepatutnya membuat laporan polis.
Turut menjadi saksi semalam bekas Ketua Menteri Sabah yang juga pemimpin Parti Maju Sabah SAPP), Datuk Seri Dr. Yong Teck Lee.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment