YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Friday, 12 December 2014
Adun Alor Pongsu Mahu PLUS Segerakan Projek Susur Keluar
Projek susur keluar lebuhraya di Alor Pongsu dilihat bergerak dengan perlahan dan menyebabkan rungutan masyarakat sekitar.
ADUN Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat berkata, pada perkara itu telah dibangkitkan sebelum ini berikutan ia seolah-olah terbengkalai kerana kerja-kerja pembinaannya terhenti.
"Kerja pembinaan projek susur keluar itu hanya disiapkan pada tahap 40 peratus dan terhenti begitu sahaja.
"Saya ingin tahu kenapa projek itu terhenti sedangkan mengikut jadual pembinaannya dijangka siap awal 2016," katanya pada sidang media di Persidangan DUN Perak.
Sham melahirkan rasa hairan susulan projek susur keluar Alor Pongsu yang dilancarkan PLUS serentak dengan projek susur keluar Sungai Buaya, Selangor masih belum dapat disiapkan.
Sedangkan katanya, projek di Selangor sudah pun disiapkan dan telah digunakan oleh pengguna.
"Saya hairan mengapa ia tidak dapat digunakan sehingga kini sedangkan perlancaran projek itu dilakukan serentak dengan susur keluar di Sungai Buaya.
"Sebab itu saya gesa, pihak PLUS supaya menjawab persoalan dan dan sekaligus menyiapkan kerja-kerja yang telah terbengkalai," katanya lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment