KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerima kejutan sambutan hari jadinya ke-62 hari ini.
Menerusi laman facebooknya hari ini, sambutan hari jadinya diraikan dengan pemberian dua biji kek di pejabatnya pagi tadi.
“Saya dikejutkan dengan kek di Pejabat tadi. Terima kasih atas ucapan selamat hari jadi,” katanya ringkas.
Menteri-menteri kabinet dan ahli-ahli parlimen juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat melalui platform media sosial seperti Twitter.
Najib dalam akaun Twitter peribadinya juga turut menulis sebarang tweet tentang kejutan yang diberikan kepadanya oleh pegawai-pegawainya.
Beliau berkata: “Saya terkejut dengan kek di pejabat tadi Terima kasih kerana hasrat hari jadi..”,
Orang ramai juga tidak melepaskan peluang menyampaikan ucapan hari lahir mereka kepada pemimpin nombor satu negara ini.
Najib dilahirkan pada 23 Julai 1953, di Kuala Lipis, Pahang.
No comments:
Post a Comment