Menjelang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kali ke-68 yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mulai 25 November ini sehingga 29 November sedang giat dijalankan bagi menjayakan perhimpunan yang diadakan pada setiap tahun.
Hasil daripada tinjauan yang dilakukan, hampir 20 peratus segenap bangunan dan ruang dengan menyediakan booth jualan berhampiran Dewan Merdeka digunakan bagi menjayakan perhimpunan dwi tahunan ini.
Pusat media juga turut ditubuhkan di aras dua PWTC bagi memudahkan pengamal media dari 106 buah agensi media yang melibatkan media cetak, elektronik dan media sosial akan menyalurkan maklumat berhubung perhimpunan ini kepada orang awam.
Malah pemasangan bendera UMNO dan negeri-negeri di Malaysia begitu juga banting turut dilakukan di jalan raya pada sekitar PWTC.
Jumlah keseluruhan pada perhimpunan kali ini melibatkan seramai 5, 739 orang termasuk 2,763 orang ke Perhimpunan Agung UMNO, Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO 993 orang, Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO 992 orang dan Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO 991 orang.
Perasmian untuk perhimpunan Agung bagi sayap parti akan dijalankan serentak pada 25 November, jam 8 malam di Dewan Merdeka PWTC dan bakal dirasmikan oleh Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Manakala upacara menaikkan bendera dan perasmian PAU2014 pula bakal disempurnakan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak pada 27 November, jam 8 pagi.

No comments:
Post a Comment