KUALA LUMPUR 24 Feb - Sambutan Malam Cinta Allah dan Rasul kini akan dilakukan di Putrajaya dengan menampilkan Habib Syech Bin Abdul Qodir Asseqaf untuk membawa alunan selawat dan qasidah.
Golongan selebriti turut membantu mempromosi Selawat Perdana "Malam Cinta Allah & Rasul" di laman peribadi mereka antaranya Facebook, Instagram dan Twitter.
Erra Fazira, Fizz Fairuz, Adira AF dan Shila Amzah antara rakan artis yang membantu menghebahkan mengenai program ini.
Kali terakhir sambutan ini berlangsung bersama Habib Syech Assagaf berlangsung di Stadium Badminton Cheras yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Selawat Perdana akan diadakan pada hari Jumaat 21 Mac di Dataran Masjid Putra, Presint 1, Putrajaya.
No comments:
Post a Comment